Thursday, 14 August 2014

KISAH SALAHUDDIN AYUBI - PENAKLUK JERUSALEM

KISAH SALAHUDDIN AYUBI - PENAKLUK JERUSALEM


nama sebenarnya Yusof, lahir di tikrit(iraq) pada tahun 543H atau 1138M .ayahnya Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis bersal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke baghdad dgn membawa 2 orang putera iaitu Najmuddin(ayahnya) dan Asadudin Syirkuwah . kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera .

sejak kecik Salahuddin diasuh oleh pakciknya Asadudin seorang panglima tentera dengan ilmu ktenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama .

salahuddin dididik dan dibesarkan seperti pemuda Kurdis yang lain . Apabila meningkat dewasa, beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo. Kemudian beliau diarahkan berpindah di mesir walaupun perintah itu berat diterima . Di mesir Salahuddin menyusun hidupnya dengan lebih ketat . beliau bertambah warak dan zuhud. sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar, iaitu membina empayar muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum kristian dari Baitul Maqdis.

Impiannya tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat lalu Salahuddin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir . Beberapa tahun kemudian beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir, bagi menguatkan pemerintahannya,beliau menyatukan Mesir ,Syria, Hijaz dan Yaman di bawah satu pemerintahan.

Kemuncak perjuangan Salahuddin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera salaib di Hittin Pada 4  julai 1187. Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 oktober 1187 bersamaan hari jumaat, 27 rejab 583H.

ketika kota jerusalem ditawan oleh tentera Salib pada 15 julai 1099. tentera salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama islam termasuk wanita, org tua dan kanak-kanak. pembunuhan kejam itu dilakukan selama seminggu sehingga tiada orang beragama islam di kota jerusalem itu terselamat.

tetapi kota jerusalem itu berjaya ditawan oleh tentera islam pada 15 oktober 1187, berlaku disebaliknya . Salahuddin ayubi memerintahkan tentera islam melayan baik kepada tawanan . tidak ada seorang pun penduduk kristian di kota jerusalem yang dibunuh ataupun dianiaya. penduduk kristian termasuk tentera salib yang ditawan dibebeaskan dengan membayar tebusan mngikut kemampuan masing-masing.

selepas berjaya menawan kota jerusalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera salib, salahuddin kembali ke Damsyik. walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari mesir hinggalah Yaman namanya masyhur kerana berjaya menaluk Baitul Maqdis drpd tentera salib.

beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar 598H (mac 1193) ketika itu beliau berusia 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.


****Tunggu kisah selanjutnya dengan episod berlainan***


DAPATKAN BUKU " SALAHUDDIN AYUBI PENAKLUK JERUSALEM" DI PASARAN . NAMA PENULIS : ABDUL LATIP TALIB
EDARAN : PTS LITERA UTAMA SDN BHD

No comments:

Post a Comment