Saturday, 16 August 2014

RAHSIA TAHI LALAT


ASSALAMUALAIKUM ,

disini saya hanya sekadar berkongsi pendapat atau idea (ilmu) untuk kita semua ... saya mencari atau membuat research tentangnya tetapi gagal untuk mentafsirkan .. rahsia tahi lalat ...?? perempuan yang mempunyai tahi lalat bukannya hodoh tetapi ia adalah kecantikan semulajadi (natural beauty) so kenapa perlu buang tahi lalat itu kerana ianya menunjukkan personaliti kita ... seperti perempuan yang mempunyai lesung pipit (org kata cantik!!! hakikatnya tidak kerana kecantikan itu terserlah apabila dia memegang batu lesung mksud saya kalau ia pandai memasak).. fikir-fikirkan dan selamat beramal ...

Rahsia tahi lalat

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan. 80 jenis bahagian rahsia tahi lalat.. perhatikan !!!


Bahagian Badan & Firasat
  1. Bibir atas kanan  Banyak rezeki, pandai
  2. Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
  3. Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yg suka
  4. Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
  5. Leher kanan
    Cerdas, jujur, berani menderita
  6. Leher kiri
    Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  7. Leher di tengah
    Tercapai cita-cita
  8. Biji mata kanan
    Suka serong dan pembohong
  9. Biji mata kiri
    Pembohong tetapi baik hati
  10. Hujung mata kanan
    Baik hati, sopan santun, cerdas
  11. Hujung mata kiri
    Baik budi, murah rezeki
  12. Punggung kanan
    Agak mengalami kesulitan
  13. Punggung kiri
    Malas dan suka duduk
  14. Betis kanan
    Suka berhibur, boros
  15. Betis kiri
    Rajin,tidak suka menganggur
  16. Lutut kanan
    Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
  17. Lutut kiri
    Kurang kuat berusaha
  18. Kepala sebelah kanan
    Terkabul cita-cita
  19. Kepala sebelah kiri
    Sering menemui kesusahan
  20. Kepala sebelah belakang=Jujur, sabar dan tekun
  21. Kening kanan=Cerdas dan cekap
  22. Kening kiri=Cerdas, sopan santun
  23. Tengah kening=Keras hati, berani segala hal
  24. Hujung mulut kanan=Kecil rezeki, tak mudah kalah
  25. Hujung mulut kiri = Suka berpoya-poya
  26. Ketiak kanan = Dapat menyimpan rahsia
  27. Ketiak kiri = Jujur, banyak yang cinta
  28. Pergelangan kaki kanan = Suka berpergian (keluar rumah)
  29. Pergelangan kaki kiri = Kehendak kuat
  30. Batang hidung = Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  31. Pada hidung = Banyak rezeki
  32. Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
  33. Dagu bawah kiri = Bijak sana dan berbudi luhur
  34. Kemaluan kanan atau kiri = Baik, suka senggama
  35. Di kepala kemaluan (lelaki) = Bakal beristeri 2
  36. Tumit kanan = Jujur dan banyak kawan
  37. Tumit kiri = Baik budi
  38. Alis kanan = Suka menolong, baik hati
  39. Alis kiri = Ramai yang suka
  40. Pangkal peha kanan = Kemahuan kuat
  41. Pangkal peha kiri = Suka kerja apa pun
  42. Telapak kaki kanan = Tak mudah mengeluh
  43. Jari kaki kanan = Suka menolong
  44. Jari kaki kiri = Berbudi, suka berbuat baik
  45. Bahu kanan = Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
  46. Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  47. Buah dada kanan = Baik hati, pendiam,simpan rahsia
  48. Buah dada kiri = Ramai kawan, setia pada pasangan
  49. Lengan kanan = Setia dan taat pada atasan
  50. Lengan kiri = Menepati janji dan rajin
  51. Pipi kanan=Ramai teman
  52. Tengah-tengah pipi kanan = Ramai yg suka
  53. Tengah-tengah pipi kiri = Ramai teman
  54. Ubun-ubun = Kurang jujur
  55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
  56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
  57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
  58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
  59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
  60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
  61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
  62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
  63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
  64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kekayaan
  65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
  66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
  67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
  68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tapi boros
  69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
  70. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
  71. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
  72. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
  73. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
  74. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yg cinta
  75. Pelipis kiri - Murah rezeki, dpt jadi kaya
  76. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
  77. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
  78. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yg suka
  79. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
  80. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana



ATTENTION : INI HANYALAH HIBURAN SEMATA-MATA , KALAU IANYA BETUL PUN ITU SEKADAR KEBETULAN SAHAJA ... 

No comments:

Post a Comment