Saturday, 16 August 2014

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SYARIAT , MAKRIFAT , TARIKAT DAN HAKIKAT ??

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SYARIAT , MAKRIFAT , TARIKAT DAN HAKIKAT ??

hakikat tanpa syariat = nyawa tak bertubuh ,
syariat tanpa hakikat = bangkai tak bernyawa....



Betemu lagi kita . Hari ni aku ingin membentangkan topik mengenai apa itu cara HAKIKAT . Sebelum itu ingin aku ingatkan bahawa, pengertian hakikat ini banyak cabang ilmunya . Berfikir secara ilmu disarankan dari berfikir secara syariat . Perkara yang akan dibentangkan ini melalui kontek kefahaman yang telah aku isi dari guruku, ayah ku, sahabat-sahabat yang arif serta buku yang telah ku kaji sendiri . Tiada kena mengena dengan gambar-gambar di dalam karangan serta gambar yang lain sebelum ini . Terima kasih .



HAKIKAT


Cara ketiga adalah cara Ilmu Hakikat . Suatu cara menyelami dan mengenali diri sendiri, yang juga satu-satu jalan ke arah makrifat diri dengan Allah swt . Ianya juga merupakan jalan yang dilalui oleh wali-wali Allah, Ariffinbillah serta para-para Aulia . Mereka yang menjalankan ilmu hakiki merapatkan dirinya dengan Allah dengan cara membongkar, menyelidik dan menyaksikan rahsia diri sendiri iaitu rahsia Allah yang ditanggung oleh dirinya dan berusaha membentuk dirinya menjadi manusia kamil-mulkamil .

Firman Allah dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat(rahsia diriku) [1234] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" - Al-Ahzab ayat 72 .


Dan juga:
"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya (Allah)" - An-Nisaa' ayat 58 .


Firman Allah dalam hadis Qudsi:
"Manusia itu adalah rahsiaku dan diri akulah yang menjadi rahsianya"
&
"Barang siapa yang mengenal dirinya maka kenallah tuhannya"



Bagi mereka yang hendak menuju kehadrat Allah dengan jalan hakiki ni, hendaklah terlebih dahulu menjalankan serta memahami cara syariat serta cara tarikat dan berjaya dan usaha membersihkan dirinya dan hatinya dari segala perkara, juga berusaha dengan tabah dan sabar dalam mencari serta memahami konsep hakikat diri kita yang sebenar. Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru-guru hakiki dan makrifat serta mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas .



Perkara-perkara asas pengetahuan yang dibawa dalam pengajian hakikat ini amat luas seumpama bulatan yang tiada penghujung . Disekalikan keempat-empat jalan syariat, tarikat, hakikat dan makrifat atau cabangannya fiqah, tauhid, usul dan tasawwuf sebagai satu pegangan kerana ianya mempunyai ikatan di antara satu sama lain . Perkara asas yang akan diberikan jika mengikut pengalaman aku ialah, memahami pecahan-pecahan rahsia yang terkandung dalam pengertian sifat 20, rukun iman, rukun islam, kiasan serta maksud hakikat sebenar yang terkandung di dalam al-quran, kenapa itu? apa ini? sebab apa? dll .




Perlukah kita tahu semua ini ? jawapannya perlu . Di amanahkan kita dibumi ini bukan sahaja kerana pekerjaan serta amalan semata-mata . Jika dikata solat kamu :

sabda Rasulullah saw: "Solatlah kamu seperti mana aku solat"




Bagaimana solat yang dikerjakannya ? adakah seperti si A atau si B atau si C ? jika si B kenapa ? apa pergerakan yang dilakukan ? Kenapa jika azan berkumandang akan menyebut "marilah solat , mari menuju kejayaan" dan SEBELUM hendak solat qamat akan melaungkan "Solat telah didirikan, solat telah didirikan", sedangkan solat belum dimulakan lagi ? Menjalankan hidup tanpa memahami hakikat sebenar dan hanya mengikut-ikut bukankah satu perkara yang merugikan ? Walhal telah disuruh kita untuk menuntut dan mengenali ilmu dan diriNya supaya menjadi diri Islam yang sebenar .



Firman Allah dalam Al-Quran:
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." - Al-Baqarah ayat 208.
(kenapa dikatakan hai orang yang "BERIMAN" masuklah kamu kedalam "ISLAM" keseluruhan ? ayat tersebut ternyata bukan ditujukan kepada yang bukan Islam jika Allah sendiri menyatakan disitu orang yang BERIMAN . Tuntutlah)


Dan lagi:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat(rahsia dirinya) [1234] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" - Al-Ahzab ayat 72 .
(Kenapa dikatakan amat zalim dan amat bodoh ? renung-renungkan)



Dan terakhir, sabda Rasulullah saw:
"Bahawa awal-awal hidup(ugama) itu adalah mengenal Allah".



Firman Allah Dalam Hadis:
"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka kenal lah Tuhannya".



Jadi, adalah perlu ditegaskan disini bahawa matlamat akhir pengajian Hakikat adalah untuk mengenali Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada murtabat kemuliaan Insan Kamil-mulkamil ataupun Insan yang sempurna. Tiada sesuatupun pada pandangannya, pendengarannya, rasanya serta dirinya sendiri kecuali Allah semata-mata .
Untuk pemahaman yang lebih mendalam, sila lah mencari mahupun bertanya kepada guru-guru serta orang-orang hakikat lagi musyrid dan arif .






syariat itu adalah pakaian bagi jasad
tarikat itu adalah jalan bagi hati
hakikat itu adalah pegangan bagi nurani
makrifat itu adalah tunjang rahsia bagi qalbun
bawanya sekali menjadi satu
hakikat insan
yang sempurna



AKU TIDAK ADA
AKU BERSELINDUNG DISEBALIK SIFATKU
DIMANA SIFATKU DISITULAH AKU
SIFATKU PATIKU PATIKU SIFATKU
ITULAH WUJUDKU NYATA SIFATKU
DIMANA AKU DISITULAH SIFATKU
SIFATKU ITULAH NAMAKU GANTI DIRIKU

CARILAH AKU DIDALAM DIRIMU
TEMUILAH AKU SEBAGAI DIRIMU
RASAILAH AKU DIDALAM JIWAMU
HAPUSKAN DIRIMU DIDALAM DIRIKU
BARU KAU TAHU SIAPA AKU
BINASALAH KAU SELAMA-SELAMANYA
TIADALAH DIRIMU
HANYALAH AKU


No comments:

Post a Comment