Thursday, 14 August 2014

KISAH SALAHUDDIN AYUBI - TUAH DATANG BERGOLEK

KISAH SALAHUDDIN AYUBI - TUAH DATANG BERGOLEK 

baru 2 bulan Perdana Menteri Asadudin Syirkuwah menjalan tugas beliau telah meninggal dunia dan kematian beliau menjadi tanda tanya penduduk dan berbagai andaian dibuat . khalifahadhid juga terkejut dengan kematian beliau selepas ditabalkan menjadi perdana menteri .

Selesai mayat dikebumikan maka berlangsung majlis terpenting bagi melantik perdana menteri yang baru . khalifah al-Adhid melantik Salahuddin Ayubi sebagai Perdana Menteri. ada orang mengata bahawa Salahddin Ayubi tamak kerana membolot 2 jawatan iaitu ketua panglima tentera dan Perdana Menteri kerana ketika itu yang layak adalah beliau .

Salahuddin tidak menghiraukan segala tohmahan yang dilemparkan padanya. Dia terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan bersungguh-sungguh.

pada satu hari , salahuddin menjalankan tugas di kota iskandariyah melihat ramai orang tua bernasib baik dan wanita peminta sedekah . sejak itu salahuddin rasa bertanggungjawab dan membela nasib mereka yang kurang bernasib baik. beliau mengarahkan negara berjimat cermat dan elaun pemerintah dikurangkan kerana duit negara tidak wajar digunakan sesuka hati (membazir). kutipan zakat yang dibuat oleh penduduk situ diagihkan kepada fakir miskin dan membuat salah seorang pembesar sakit hati dengan tindakan beliau ..

pembesar itu bernama najah dan merancang menyingkirkan salahuddin sebagai perdana menteri .ternyata Bahaudin iaitu kawan baik beliau sanggup menikam dari belakangnya kerana menyokong najah dan merancang untuk membunuh . tetapi Bahaudin tidak seperti yang disangka . segala rancangan najah diberitahu kepada Salahuddin dan Salahuddin menangkap mereka di tempat persembunyian mereka itu .




<<<<<BERSAMBUNG>>>>





DAPATKAN BUKU " SALAHUDDIN AYUBI' DI PASARAN TERBITAN PTS LITERA UTAMA SDN BHD  ....
PENULIS : ABDUL LATIP TALIB



No comments:

Post a Comment