Wednesday, 23 July 2014

mummy syazwani - TIP ALAF 21

ASSALAMUALAIKUM , 
saya nak berkongsi if korang berminat laaa .. ini yang i dapat dari my cousin .. i pun wat part time novel/cerpen ,,, saja jerr bosan-bosan ... alang-alang ade masa lapang so apa kata kita membuat benda berfaedah ... jom publish kat "penulisan2u" ... ini yang dah lengkap novel korang ... korang try la mana taw reski korang .. reski ade dimana-mana .. 


TIP ALAF 21....

Anda yang berminat untuk menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Alaf 21 seperti berikut:

1.Tebal manuskrip antara 350-450 saiz A4. Jaraknya 1.5 spacing.
2.Saiz font 12 dan gunakan font ITC Clearface atau Times Roman.
3.Manuskrip hendaklah dicetak di bahagian depan sahaja dan bukannya depan belakang. Kemudian dijilid. Seelok-eloknya com binding.
4.Sertakan sinopsis cerita, nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi.
5. Manuskrip ini hendaklah dihantar sendiri atau diposkan ke Alaf 21.Jangan sertakan CD, disket atau pendrive.
6. Setiap manuskrip yang sampai ke Alaf 21 akan dimaklumkan kepada penulis.
Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.
7. Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa empat minggu.
8. Setiap karya akan dinilai dari aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan (tidak stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita.
9. Jika kualiti cerita tidak memenuhi kriteria pemilihan, manuskrip tersebut akan dikembalikan. Biasanya dengan pos berdaftar atau pos ekspres.
10. Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan
bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan).
11. Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan/pemantapan yang telah dilakukan, penulis dikehendaki menghantar CD atau emel kepada kami manuskrip tersebut untuk proses penyuntingan.
12. Elakkan cerita bertemakan kahwin paksa, kahwin yang diaturkan oleh keluarga, kahwin kerana berkhalwat dan orang ketiga kerana cerita sebegini telah banyak berada di pasaran dan dapat dijangka apakah ke¬sudahannya.
13. Cuba fikirkan jalan cerita yang menarik, ada unsur saspens/tanda tanya, ada identiti sendiri serta lonjakan emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca. Yang pasti, elakkan persamaan jalan ce¬rita dengan novel lain yang pernah anda baca.
14. Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip dan bukannya sekadar lima bab sahaja semata-mata untuk mendapatkan komen.
15. Penghantaran manuskrip hendaklah dialamatkan kepada:

KETUA EDITOR,
ALAF 21 SDN BHD,
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
SEKSYEN 16
40200 SHAH ALAM,
SELANGOR

No comments:

Post a Comment