ASSALAMUALAIKUM ,
mummy ade story nak share . lawak giler... dalam mase 48 jam hidup aku tunggang terbalik ...
nak kene cari "PARTNER" untuk reject MR. tuttttttt .. puas aku menebalkan muka untuk mencari someone yang sepadan dengan aku , sanggup aku pi negeri sembilan dan melaka (pujuk org) ...
dua minggu lepas kami meeting bersama-sama MR. tutttt kat KDN (KEMENTERIAN DALAM NEGERI) ade ADMIRE aku kasi teddy bear , muka MR. tuttttt jeles giler sedangkan die dah ade 2 bini dah oiiiiii ... second wife die tua 4 tahun dari aku ... orang KDN tu aku tak kenal sape die sbb receptionist kata owner yang kasi teddy tu satu projek dengan aku ... (sampai ke sudah aku tak tau, siap org tu kasi QLU kat aku "owner tu pakai jam clor biru")...
Tiba-tiba MR. tuttttt melamar aku dengan alasan wife die xpenah masak untuk die selama mereka berkahwin , selalunyer makan kedai or bibik masak ... kisahnya begini , opis aku ade wat poklak so aku masak tomyam kat umah member .. die rase terus berkenan .. aiseyyyymen !!!! pasal masakan pn boleh jatuh cinta ke ??
(bahaya sungguh kalo gitu) ... weiiiiii , masak tomyam guna pes "ADABI" jerrr bukan aku buat rencah sendiri.. nak pikat suami korang guna lah adabi punya produk ...
aku reject die leklok tapi die tetap dengan keputusan die . " kenapa awak reject saya, saya semua ada .saya boleh bahagiakan awak kalo awak dengan saya" (ayat x boleh blarhhhhh, mesti die layan kaki novel).. macam2 alasan aku kasi , aku kata yang aku dah berpunya and nak kawin da kami . " okay , kalo itu yang awak cakap saya tak boleh buat apa tapi make sure awak bawak bakal lelaki awak tu kat party umah saya nanti" ( waaaaaaaaaaa, gara-gara itu lah hidup aku terbalik 360 darjah celciussssss, demam denggi aku)
nak jerr aku lari dari kuala lumpur ni hah ....
(tunggu sambungannya nanti .... tengok sapa jadi partner aku)
assalamualaikum , nama diberi NUR SYAZWANI MOHD PUAD .. orang panggil mummy syazwani , better kita berkongsi ilmu sebab ilmu ni luaskan .. korang boleh email kat saya if ada pertanyaan .. insyallah saya boleh menjawab ... saya bekas student politeknik tuanku sultanah bahiyah ,kedah .. :nursyazwanimohdpuad@gmail.com
Saturday, 29 November 2014
Thursday, 21 August 2014
teletubbies family
ASSALAMUALAIKUM ,
harini saya nak menceritakan satu cerita kartun favrite saya "TELETUBBIES" .
Mereka 4 beradik banyak kisah dan banyak ragam .. si purple ( TINKY WINKY) merupakan sulung kepada 4 beradik dan yang ke-2 iaitu si hijau (DISPY) tegas sedikit . yang ke-3 si kuning (LAA LAA) sangat periang .ada saja benda yang nak dibuatnya dan yang bongsu iaitu si merah (PO) sangat kelakar ..
Dia merupakan yang sulung . dia selalu membawa dompet color merah . dia akan lega apabila adek dia dah tidur ... (payah jadi si sulung) ..
LAA LAA (KUNING)
dia merupakan anak ke-3 , sangat periang dan peramah seperti adeknya Po. wataknya sangat menonjol dan ramai berkenan dengan dia dan po (adiknya) ..
PO (MERAH)
dia merupakan si bongsu . banyak ragam dan sangat happening . sangat lucu . ramai admire taw walaupun kecik . sebab sifatnya yang manja dan kelakar membuat orang tertarik dengannya selain laa laa (kuning)
inilah watak yang dapat saya kongsi .. hari2 tengok pon tak jemu taw ... so korang minat yang mana :
1-TINKY WINKY
2-DIPSY
3-LAA LAA
4-PO
jom kita sesama layan citer "TELETUBBIES" ... kembali ke zaman budak kecik !!!
let's go !!!!!!!
time to teletubbies !!! time to teletubbies !!! ..
harini saya nak menceritakan satu cerita kartun favrite saya "TELETUBBIES" .
Mereka 4 beradik banyak kisah dan banyak ragam .. si purple ( TINKY WINKY) merupakan sulung kepada 4 beradik dan yang ke-2 iaitu si hijau (DISPY) tegas sedikit . yang ke-3 si kuning (LAA LAA) sangat periang .ada saja benda yang nak dibuatnya dan yang bongsu iaitu si merah (PO) sangat kelakar ..
TINKY WINKY (UNGU)
Dia merupakan yang sulung . dia selalu membawa dompet color merah . dia akan lega apabila adek dia dah tidur ... (payah jadi si sulung) ..
DIPSY (HIJAU)
Dia merupakan anak ke-2 , dia seorang yang tegas dan keras kepala .. dia payah nak bergaul dengan yang lain ...
dia merupakan anak ke-3 , sangat periang dan peramah seperti adeknya Po. wataknya sangat menonjol dan ramai berkenan dengan dia dan po (adiknya) ..
PO (MERAH)
dia merupakan si bongsu . banyak ragam dan sangat happening . sangat lucu . ramai admire taw walaupun kecik . sebab sifatnya yang manja dan kelakar membuat orang tertarik dengannya selain laa laa (kuning)
inilah watak yang dapat saya kongsi .. hari2 tengok pon tak jemu taw ... so korang minat yang mana :
1-TINKY WINKY
2-DIPSY
3-LAA LAA
4-PO
let's go !!!!!!!
time to teletubbies !!! time to teletubbies !!! ..
Sunday, 17 August 2014
kenali lelaki serius .....
TANDA-TANDA SEORANG LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN :
(jom kita lihat)
- kecantikan kamu diketepikan. keikhlasan kamu diutamakan.
- apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
- si dia akan sentiasa menghantar SMS. walaupun tidak dibalas.ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
- si dia sanggup menitiskan airmata demi kekasihnya. bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang PEREMPUAN. tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan airmata demi kamu . itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
- sentiasa menghiburkan hati kamu dikala kamu bersedih. sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu .
- jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat . (ingat! nasihat bermaksud mengingat).
- jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan kamu. begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu ini bermakna dia fikir bagaimana untuk menyelamatkan daripada berakhir begitu sahaja (kawin la senang ).
- lelaki cepat sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian . baginya sikap kamu acuh tak acuh . boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap lebih-lebih lagi jika kamu kata ada kawan lelaki meminati kamu . (lagiii ar panas).
- lucu apabila teman lelakimu bersikap keanak-anakkan . itu maknanya dia perlukan perhatian daripada kamu ( he lacks of attention from u)
- jika kamu ada masalah dan dialah orang pertama yang membantu kamu. tandanya dia tak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawabnya untuk membantu .
- sekiranya teman lelaki kamu bertanyakan soalan "u masih sayang?" jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. dia ingin memperingatkan kamu bahawa diri kamu sudah dimiliki(jgn main api)
- dia tak suka melihat kamu berpakaian seksi.
- dia berusaha mengongkong kebebasan kamu kerana perasaan cemburu .
- dia sentiasa awasi pergerakan kamu kerana dia sentiasa berasa curiga.
- dia mudah merasa cemburu jika kamu mula mengabaikannya.
- dia tidak akan layan perempuan lain jika tidak ada urusan penting.
- lelaki akan serik dan tidak percaya(trauma/fobia dgn perempuan) dengan cinta lain . dan sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
- dia tidak suka kamu keluar malam. dia ingin menjaga pandangan orang lain terhadap kamu .
- dia tidak akan CURANG.
- dia tidak suka lelaki lain mendekati kekasihnya.
__________________________________________________________________________
jangan cari pakwe yang pandai SEJARAH .
nanti semua dia ungkit ....
nanti semua dia ungkit ....
jangan cari pakwe yang genius MATH.
nanti abis duit kita dia kira ....
jangan cari pakwe yang bijak SCIENCE.
nanti habis badan kita diterokai ..
jangan cari pakwe yang terror BM
nanti dia membebel mengalahkan karangan dan pelbagai pujangga yang dikeluarkan ....
carilah pakwe yang pandai AGAMA.
nanti insyaallah dia akan membimbing kita kearah kebaikkan.
__________________________________________________________________________
ADAKAH JODOH PERLU DICARI ATAU TUNGGU SAHAJA ?
jodoh macam rezeki . walaupun ALLAH S.W.T dah tetapkan, kita perlu mencari ia dengan bekalan doa dan usaha.
Jodoh sama seperti rezeki . jangan harap kita akan dapat kalau kita tak ada usaha .
Usaha tu bukan sahaja kita perlu mengenali si dia tetapi kita perlu usaha untuk menyelidik latar belakang si dia ..
Jodoh sama seperti rezeki . jangan harap kita akan dapat kalau kita tak ada usaha .
Usaha tu bukan sahaja kita perlu mengenali si dia tetapi kita perlu usaha untuk menyelidik latar belakang si dia ..
Menyelidik latar belakang si dia ada hadnya juga.
cukuplah kita tahu siapa keluarganya, apa agamanya , apa statusnya , apa akhlaknya dan apa pendidikannya ...
Saturday, 16 August 2014
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SYARIAT , MAKRIFAT , TARIKAT DAN HAKIKAT ??
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SYARIAT , MAKRIFAT , TARIKAT DAN HAKIKAT ??
hakikat tanpa syariat = nyawa tak bertubuh ,
syariat tanpa hakikat = bangkai tak bernyawa....
syariat itu adalah pakaian bagi jasad
hakikat tanpa syariat = nyawa tak bertubuh ,
syariat tanpa hakikat = bangkai tak bernyawa....
Betemu lagi kita . Hari ni aku ingin membentangkan topik mengenai apa itu cara HAKIKAT . Sebelum itu ingin aku ingatkan bahawa, pengertian hakikat ini banyak cabang ilmunya . Berfikir secara ilmu disarankan dari berfikir secara syariat . Perkara yang akan dibentangkan ini melalui kontek kefahaman yang telah aku isi dari guruku, ayah ku, sahabat-sahabat yang arif serta buku yang telah ku kaji sendiri . Tiada kena mengena dengan gambar-gambar di dalam karangan serta gambar yang lain sebelum ini . Terima kasih .
HAKIKAT
Cara ketiga adalah cara Ilmu Hakikat . Suatu cara menyelami dan mengenali diri sendiri, yang juga satu-satu jalan ke arah makrifat diri dengan Allah swt . Ianya juga merupakan jalan yang dilalui oleh wali-wali Allah, Ariffinbillah serta para-para Aulia . Mereka yang menjalankan ilmu hakiki merapatkan dirinya dengan Allah dengan cara membongkar, menyelidik dan menyaksikan rahsia diri sendiri iaitu rahsia Allah yang ditanggung oleh dirinya dan berusaha membentuk dirinya menjadi manusia kamil-mulkamil .
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat(rahsia diriku) [1234] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" - Al-Ahzab ayat 72 .
Dan juga:
"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya (Allah)" - An-Nisaa' ayat 58 .
Firman Allah dalam hadis Qudsi:
"Manusia itu adalah rahsiaku dan diri akulah yang menjadi rahsianya"
&
"Barang siapa yang mengenal dirinya maka kenallah tuhannya"
Bagi mereka yang hendak menuju kehadrat Allah dengan jalan hakiki ni, hendaklah terlebih dahulu menjalankan serta memahami cara syariat serta cara tarikat dan berjaya dan usaha membersihkan dirinya dan hatinya dari segala perkara, juga berusaha dengan tabah dan sabar dalam mencari serta memahami konsep hakikat diri kita yang sebenar. Mereka hendaklah menjalani perguruan dengan guru-guru hakiki dan makrifat serta mursyid yang mempunyai pengetahuan yang luas .
Perkara-perkara asas pengetahuan yang dibawa dalam pengajian hakikat ini amat luas seumpama bulatan yang tiada penghujung . Disekalikan keempat-empat jalan syariat, tarikat, hakikat dan makrifat atau cabangannya fiqah, tauhid, usul dan tasawwuf sebagai satu pegangan kerana ianya mempunyai ikatan di antara satu sama lain . Perkara asas yang akan diberikan jika mengikut pengalaman aku ialah, memahami pecahan-pecahan rahsia yang terkandung dalam pengertian sifat 20, rukun iman, rukun islam, kiasan serta maksud hakikat sebenar yang terkandung di dalam al-quran, kenapa itu? apa ini? sebab apa? dll .
Perlukah kita tahu semua ini ? jawapannya perlu . Di amanahkan kita dibumi ini bukan sahaja kerana pekerjaan serta amalan semata-mata . Jika dikata solat kamu :
sabda Rasulullah saw: "Solatlah kamu seperti mana aku solat"
Bagaimana solat yang dikerjakannya ? adakah seperti si A atau si B atau si C ? jika si B kenapa ? apa pergerakan yang dilakukan ? Kenapa jika azan berkumandang akan menyebut "marilah solat , mari menuju kejayaan" dan SEBELUM hendak solat qamat akan melaungkan "Solat telah didirikan, solat telah didirikan", sedangkan solat belum dimulakan lagi ? Menjalankan hidup tanpa memahami hakikat sebenar dan hanya mengikut-ikut bukankah satu perkara yang merugikan ? Walhal telah disuruh kita untuk menuntut dan mengenali ilmu dan diriNya supaya menjadi diri Islam yang sebenar .
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." - Al-Baqarah ayat 208.
(kenapa dikatakan hai orang yang "BERIMAN" masuklah kamu kedalam "ISLAM" keseluruhan ? ayat tersebut ternyata bukan ditujukan kepada yang bukan Islam jika Allah sendiri menyatakan disitu orang yang BERIMAN . Tuntutlah)
Dan lagi:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat(rahsia dirinya) [1234] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" - Al-Ahzab ayat 72 .
(Kenapa dikatakan amat zalim dan amat bodoh ? renung-renungkan)
Dan terakhir, sabda Rasulullah saw:
"Bahawa awal-awal hidup(ugama) itu adalah mengenal Allah".
Firman Allah Dalam Hadis:
"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka kenal lah Tuhannya".
Jadi, adalah perlu ditegaskan disini bahawa matlamat akhir pengajian Hakikat adalah untuk mengenali Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir dan diri batin pada murtabat kemuliaan Insan Kamil-mulkamil ataupun Insan yang sempurna. Tiada sesuatupun pada pandangannya, pendengarannya, rasanya serta dirinya sendiri kecuali Allah semata-mata .
Untuk pemahaman yang lebih mendalam, sila lah mencari mahupun bertanya kepada guru-guru serta orang-orang hakikat lagi musyrid dan arif .
syariat itu adalah pakaian bagi jasad
tarikat itu adalah jalan bagi hati
hakikat itu adalah pegangan bagi nurani
makrifat itu adalah tunjang rahsia bagi qalbun
bawanya sekali menjadi satu
hakikat insan
yang sempurna
AKU TIDAK ADA
AKU BERSELINDUNG DISEBALIK SIFATKU
DIMANA SIFATKU DISITULAH AKU
SIFATKU PATIKU PATIKU SIFATKU
ITULAH WUJUDKU NYATA SIFATKU
DIMANA AKU DISITULAH SIFATKU
SIFATKU ITULAH NAMAKU GANTI DIRIKU
CARILAH AKU DIDALAM DIRIMU
TEMUILAH AKU SEBAGAI DIRIMU
RASAILAH AKU DIDALAM JIWAMU
HAPUSKAN DIRIMU DIDALAM DIRIKU
BARU KAU TAHU SIAPA AKU
BINASALAH KAU SELAMA-SELAMANYA
TIADALAH DIRIMU
HANYALAH AKU
DIMANA SIFATKU DISITULAH AKU
SIFATKU PATIKU PATIKU SIFATKU
ITULAH WUJUDKU NYATA SIFATKU
DIMANA AKU DISITULAH SIFATKU
SIFATKU ITULAH NAMAKU GANTI DIRIKU
CARILAH AKU DIDALAM DIRIMU
TEMUILAH AKU SEBAGAI DIRIMU
RASAILAH AKU DIDALAM JIWAMU
HAPUSKAN DIRIMU DIDALAM DIRIKU
BARU KAU TAHU SIAPA AKU
BINASALAH KAU SELAMA-SELAMANYA
TIADALAH DIRIMU
HANYALAH AKU
mai tengok ujian psikology mengenal sahabat
ujian psikology mengenal sahabat
Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:
Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur
Jawap dengan jujur ya
dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros
2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali
3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut
4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

RAHSIA TAHI LALAT
ASSALAMUALAIKUM ,
disini saya hanya sekadar berkongsi pendapat atau idea (ilmu) untuk kita semua ... saya mencari atau membuat research tentangnya tetapi gagal untuk mentafsirkan .. rahsia tahi lalat ...?? perempuan yang mempunyai tahi lalat bukannya hodoh tetapi ia adalah kecantikan semulajadi (natural beauty) so kenapa perlu buang tahi lalat itu kerana ianya menunjukkan personaliti kita ... seperti perempuan yang mempunyai lesung pipit (org kata cantik!!! hakikatnya tidak kerana kecantikan itu terserlah apabila dia memegang batu lesung mksud saya kalau ia pandai memasak).. fikir-fikirkan dan selamat beramal ...
Rahsia tahi lalat
Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan. 80 jenis bahagian rahsia tahi lalat.. perhatikan !!!
Bahagian Badan & Firasat
Bahagian Badan & Firasat
- Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
- Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
- Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yg suka
- Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
- Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita - Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan - Leher di tengah
Tercapai cita-cita - Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong - Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati - Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas - Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki - Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan - Punggung kiri
Malas dan suka duduk - Betis kanan
Suka berhibur, boros - Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur - Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha - Lutut kiri
Kurang kuat berusaha - Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita - Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan - Kepala sebelah belakang=Jujur, sabar dan tekun
- Kening kanan=Cerdas dan cekap
- Kening kiri=Cerdas, sopan santun
- Tengah kening=Keras hati, berani segala hal
- Hujung mulut kanan=Kecil rezeki, tak mudah kalah
- Hujung mulut kiri = Suka berpoya-poya
- Ketiak kanan = Dapat menyimpan rahsia
- Ketiak kiri = Jujur, banyak yang cinta
- Pergelangan kaki kanan = Suka berpergian (keluar rumah)
- Pergelangan kaki kiri = Kehendak kuat
- Batang hidung = Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
- Pada hidung = Banyak rezeki
- Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
- Dagu bawah kiri = Bijak sana dan berbudi luhur
- Kemaluan kanan atau kiri = Baik, suka senggama
- Di kepala kemaluan (lelaki) = Bakal beristeri 2
- Tumit kanan = Jujur dan banyak kawan
- Tumit kiri = Baik budi
- Alis kanan = Suka menolong, baik hati
- Alis kiri = Ramai yang suka
- Pangkal peha kanan = Kemahuan kuat
- Pangkal peha kiri = Suka kerja apa pun
- Telapak kaki kanan = Tak mudah mengeluh
- Jari kaki kanan = Suka menolong
- Jari kaki kiri = Berbudi, suka berbuat baik
- Bahu kanan = Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
- Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
- Buah dada kanan = Baik hati, pendiam,simpan rahsia
- Buah dada kiri = Ramai kawan, setia pada pasangan
- Lengan kanan = Setia dan taat pada atasan
- Lengan kiri = Menepati janji dan rajin
- Pipi kanan=Ramai teman
- Tengah-tengah pipi kanan = Ramai yg suka
- Tengah-tengah pipi kiri = Ramai teman
- Ubun-ubun = Kurang jujur
- Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
- Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
- Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
- Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
- Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
- Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
- Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
- Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
- Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
- Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kekayaan
- Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
- Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
- Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
- Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tapi boros
- Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
- Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
- Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
- Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
- Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
- Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yg cinta
- Pelipis kiri - Murah rezeki, dpt jadi kaya
- Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
- Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
- Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yg suka
- Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
- Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana
ATTENTION : INI HANYALAH HIBURAN SEMATA-MATA , KALAU IANYA BETUL PUN ITU SEKADAR KEBETULAN SAHAJA ...
LAFAZ YANG TERSIMPAN
LAFAZ YANG TERSIMPAN
luluh hatiku yang sayu
menatap wajahmu tenang dalam lena
kasih zahirkan laku
sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
dan raut tuamu membekas jiwaku
meredakan rindu mendamaikan kalbu
tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
biarpun kuredah seluruh dunia
mencari gantimu.....
betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
masih kubiarkan waktu
melarikan lafaz kasihku padamu
____________________________________________________________
wahai manusia diluar sana ketahuilah kasih sayang keluarga takkan berbelah bagi ..
jangan ucapkan sayang pada mereka yang bukan halalnya (suami/isteri) , jangan abaikan ibu bapa ..
ketahuilah ibu bapa didunia ini gembira apabila mendengar suara anaknya (yg duduk jauh) bukan wang ringgit yang mereka mahukan ..
luangkan masa bersama mereka , bukan hanya di hari raya sahaja .. mereka hanya mahukan perhatian daripada anak-anak ... jika kita boleh lakukan pada makwe/pakwe mengapa pulak orang tua kita tidak boleh ..
sayangkan ibu bapa seperti mana mereka sayangkan kita sejak kecil lagiii ....
ingatlah jasa mereka , mereka yang membesarkan kita ,mendidik kita sehingga kita bergelar DEWASA ... tanpa mereka kita takkan wujud didunia ini ...
sayangilah mereka , jaga perasaannya ...
setiap hari jadinya, ringankan mulut wish kepada mereka .. bukan majlis grand yang mereka pinta cukup lah sekadar mengingati ..

nombor mengikut tarikh lahir
NOMBOR MENGIKUT TARIKH LAHIR
ASSALAMUALAIKUM ,
lama jugak tak berkongsi dengan korang tentang rahsia tarikh lahir ... jom kita lihat ...
kalau mummy punya ialah nombor 9 .. kalau korang punya plakkk ??
Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.
Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda dan ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.
Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir
Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.
Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2
Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?
Maksud Nombor Tarikh Lahir
Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:
Nombor Tarikh Lahir: 1
Kekuatan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
- Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
- Berfikirlah secara terbuka.
- Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1: Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 2
Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.
Perkara yang perlu dipelajari:
- Percayalah kebolehan diri sendiri.
- Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
- Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2: Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna
Nombor Tarikh Lahir: 3
Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
- Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
- Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
- Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby
Nombor Tarikh Lahir: 4
Kekuatan: Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
- Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
- Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
- Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 5
Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Apa yang perlu dipelajari:
- Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
- Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears
Nombor Tarikh Lahir: 6
Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
- Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
- Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
- Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver
Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
- Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
- Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7: Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson
Nombor Tarikh Lahir: 8
Kekuatan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
- Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
- Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8: Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda
Nombor Tarikh Lahir: 9
Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
- Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
- Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
- Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley
Hasil Pengiraan dan Potensi Diri
Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 2. Mereka adalah dari golongan yang mahir dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Mereka dilahirkan sebagai seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan.
Malangnya kelemahan mereka adalah mereka mendengar nasihat, tetapi tidak dikuti. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Walau bagaimanapun yang bagusnya ialah kelemahan seperti ini boleh diperbaiki dengan mempelajari cara untuk meningkatkan keyakinan diri kerana orang-orang hebat seperti Adi Putra, Bill Clinton, dan Madonna adalah orang dari golongan nombor 2.
Bagaimana pula dengan anda? Dari pengiraan Rahsia Tarikh Lahir di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.
ATTENTION : jika tak tau membuat pengiraan boleh pm mummy .. jangan segan ..dont worry mummy tak makan orang ..
wechat id : Mummy_syazwani
Thursday, 14 August 2014
KISAH SALAHUDDIN AYUBI - TUAH DATANG BERGOLEK
KISAH SALAHUDDIN AYUBI - TUAH DATANG BERGOLEK
baru 2 bulan Perdana Menteri Asadudin Syirkuwah menjalan tugas beliau telah meninggal dunia dan kematian beliau menjadi tanda tanya penduduk dan berbagai andaian dibuat . khalifahadhid juga terkejut dengan kematian beliau selepas ditabalkan menjadi perdana menteri .
Selesai mayat dikebumikan maka berlangsung majlis terpenting bagi melantik perdana menteri yang baru . khalifah al-Adhid melantik Salahuddin Ayubi sebagai Perdana Menteri. ada orang mengata bahawa Salahddin Ayubi tamak kerana membolot 2 jawatan iaitu ketua panglima tentera dan Perdana Menteri kerana ketika itu yang layak adalah beliau .
Salahuddin tidak menghiraukan segala tohmahan yang dilemparkan padanya. Dia terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan bersungguh-sungguh.
pada satu hari , salahuddin menjalankan tugas di kota iskandariyah melihat ramai orang tua bernasib baik dan wanita peminta sedekah . sejak itu salahuddin rasa bertanggungjawab dan membela nasib mereka yang kurang bernasib baik. beliau mengarahkan negara berjimat cermat dan elaun pemerintah dikurangkan kerana duit negara tidak wajar digunakan sesuka hati (membazir). kutipan zakat yang dibuat oleh penduduk situ diagihkan kepada fakir miskin dan membuat salah seorang pembesar sakit hati dengan tindakan beliau ..
pembesar itu bernama najah dan merancang menyingkirkan salahuddin sebagai perdana menteri .ternyata Bahaudin iaitu kawan baik beliau sanggup menikam dari belakangnya kerana menyokong najah dan merancang untuk membunuh . tetapi Bahaudin tidak seperti yang disangka . segala rancangan najah diberitahu kepada Salahuddin dan Salahuddin menangkap mereka di tempat persembunyian mereka itu .
<<<<<BERSAMBUNG>>>>
DAPATKAN BUKU " SALAHUDDIN AYUBI' DI PASARAN TERBITAN PTS LITERA UTAMA SDN BHD ....
PENULIS : ABDUL LATIP TALIB

KISAH SALAHUDDIN AYUBI - PENAKLUK JERUSALEM
KISAH SALAHUDDIN AYUBI - PENAKLUK JERUSALEM
nama sebenarnya Yusof, lahir di tikrit(iraq) pada tahun 543H atau 1138M .ayahnya Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis bersal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke baghdad dgn membawa 2 orang putera iaitu Najmuddin(ayahnya) dan Asadudin Syirkuwah . kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera .
sejak kecik Salahuddin diasuh oleh pakciknya Asadudin seorang panglima tentera dengan ilmu ktenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama .
salahuddin dididik dan dibesarkan seperti pemuda Kurdis yang lain . Apabila meningkat dewasa, beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo. Kemudian beliau diarahkan berpindah di mesir walaupun perintah itu berat diterima . Di mesir Salahuddin menyusun hidupnya dengan lebih ketat . beliau bertambah warak dan zuhud. sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar, iaitu membina empayar muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum kristian dari Baitul Maqdis.
Impiannya tercapai apabila Sultan Nurudin yang memerintah Mesir mangkat lalu Salahuddin dilantik menjadi ketua angkatan tentera Mesir . Beberapa tahun kemudian beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir, bagi menguatkan pemerintahannya,beliau menyatukan Mesir ,Syria, Hijaz dan Yaman di bawah satu pemerintahan.
Kemuncak perjuangan Salahuddin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera salaib di Hittin Pada 4 julai 1187. Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 oktober 1187 bersamaan hari jumaat, 27 rejab 583H.
ketika kota jerusalem ditawan oleh tentera Salib pada 15 julai 1099. tentera salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama islam termasuk wanita, org tua dan kanak-kanak. pembunuhan kejam itu dilakukan selama seminggu sehingga tiada orang beragama islam di kota jerusalem itu terselamat.
tetapi kota jerusalem itu berjaya ditawan oleh tentera islam pada 15 oktober 1187, berlaku disebaliknya . Salahuddin ayubi memerintahkan tentera islam melayan baik kepada tawanan . tidak ada seorang pun penduduk kristian di kota jerusalem yang dibunuh ataupun dianiaya. penduduk kristian termasuk tentera salib yang ditawan dibebeaskan dengan membayar tebusan mngikut kemampuan masing-masing.
selepas berjaya menawan kota jerusalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera salib, salahuddin kembali ke Damsyik. walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari mesir hinggalah Yaman namanya masyhur kerana berjaya menaluk Baitul Maqdis drpd tentera salib.
beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar 598H (mac 1193) ketika itu beliau berusia 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.
****Tunggu kisah selanjutnya dengan episod berlainan***
DAPATKAN BUKU " SALAHUDDIN AYUBI PENAKLUK JERUSALEM" DI PASARAN . NAMA PENULIS : ABDUL LATIP TALIB
EDARAN : PTS LITERA UTAMA SDN BHD

Subscribe to:
Posts (Atom)