Saturday, 19 April 2014

mummy syazwani kisah jin dan syaitan

assalamualaikum ,kengkawan (kongsi citer)
mummy syazwani baca buku SOAL JAWAB MENGENAI JIN,SYAITAN DAN SIHIR SERTA CARA RAWATAN .. ustaz As-Syeikh Ibrahim Al-Masari.. tak mahal pon buku ni hanya RM9.00 ..
topup boleh takkan ilmu dunia akhirat tak beli .. mummy syazwani rasa buku ini sangat bagus...lagipun buku ni berlandaskan al-quran dan as-sunnah.. mummy sayzwani akan berkongsi apa yang saya baca .. apa yang baik elok dikongsikan ..

JIN DAN SYAITAN

JIN adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t, ia benar-benar wujud bukan khurafat atau khayalan seperti mana dakwaan orang-orang jahil. Hal ini jelas dalam firman Allah s.w.t dalam al-quran
“dia telah menciptakan manusia(lembaga adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, dan ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang “ (al rahman: 14-15)

TUJUAN KEJADIAN JIN
1.       KENAPA ALLAH S.W.T MENJADIKAN JIN ?
- tujuan Allah s.w.t menjadikan jin adalah untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada-Nya, sebagaimana di dalam firman-Nya

“dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku” (al-zariyat: 56).

2.       DARI APAKAH JIN DICIPTAKAN
- ayat-ayat al-quran dan hadis telah menjelaskan bahawa jin diciptakan daripada api, seperti mana firman Allah .

“dan dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang” (al-rahman :15)

“dan jin pula,kami jadikan dia sebelum itu, dari angina pi yang panasnya menyerap ke liang bulu roma” (al-haj: 27)

3.       KENAPA IA DINAMAKAN JIN?
- perkataan jin (dalam bahasa arab) berasal daripada perkataan “janna” bererti terlindung atau tidak Nampak .

JANIN- dinamakan janin kerana ia terlindung di dalam perut ibu.
JINAN- bermakna hati , kerani ia terlindung di dalam dada.
JUNUN- bermakna gila, kerana akal telah hilang .
JIN- ia terlindung daripada pandangan mata manusia .

firman-Nya
“wahai anak-anak adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (al-a’raf:27)

4.       BERAPA JENISKAH TERBAHAGINYA JIN?
- dalam riwayat at-tabarani,al-hakim dan al-baihaqi , jin ini terbahagi kepada 3 jenis :
1.       Mereka mempunyai sayapberterbangan di udara
2.       Ular dan anjing (mereka menyerupai seperti itu)
3.       Mereka berkampung dan bermusafir .

5.       ADAKAH JIN MAKAN DAN MINUM ?
- ya , mereka makan dan minum , ini dijelaskan oleh hadis yang diriwayatkan oleh ibnu mas’ud r.a telah berkata :

“kemudian telah datang serombongan jin kepada rasulullah s.a.w dan mereka berkata: “wahai Muhammad! Sesungguhnya umatmu beristinjak(membersihkan najis) dengan tulang dan sesungguhnya allah s.w.t menjadikan rezki kepada kami.” Maka baginda melarang umatnya dari perkara tersebut.”  (Sunan Abu Daud)

6.       ADAKAH JIN BOLEH MEMBENTUK DAN MENYERUPAI MANUSIA?
- ya , mereka boleh menyerupai manusia .

“syaikh ibnu taimiyah r.a. berkata : “jin boleh menyerupai manusia dan binatang, maka dia menyerupai ular, kala jengking atau lainnya seperti unta,lembu,kambing ,kuda,baghal, keldai dan burung juga menyerupai mana-mana anak adam.” (Majmu’al Fatawa).

7.       ADAKAH JIN MENGHADAPI KEMATIAN?
- ya , jin juga menghadapi kematian sebagaimana manusia . ini dijelaskan oleh hadis yang menceritakan pemuda yang membunuh in yang menyerupai ular yang berada dirumahnya, sebagaimana yang sudah disebutkan sebelum ini.

ibnu Abbas meriwayatkan dalam satu hadis:
“Rasulullah s.a.w pernah berdoa: “Ya Allah, ya tuhanku kepada-Mu aku menyerahkan diri, kepada-Mu aku bertawakkal, kepada_mu aku bertaubat. Ya allah dengan keagungan-Mu,tiada tuhan melainkan Engkau, aku berlindung daripada kesesatan. Engkaulah Yang Maha Hidup, tidak akan mati,sedangkan jin dan manusia akan mati.”

8.       APAKAH PERBEZAAN ANTARA JIN DAN SYAITAN?
- perbezaannya ialah jin adalah yang beriman dan ada yang kufur, manakala syaitan semuanya kufur, syaitan terdiri dari jin dan manusia .




( BERSAMBUNG )…………….

No comments:

Post a Comment