PENGHARGAAN
Kami ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada ahli pasukan kami kerana
telah bertungkus lumus untuk menyiapkan projek akhir ini. Tidak lupa juga
kepada kedua ibu bapa kami kerana telah
menyokong kami dari segi mental dan fizikal untuk menyiapkan projek akhir ini. Bukan itu sahaja, kami
ingin merakamkan terima kasih kepada pihak Giant dan medan selera kerana telah
membenarkan kami untuk menjalankan kajian dan memberikan maklumat yang
berkaitan terhadap kajian kami. Kami juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kami , Pn. Shaharoni
kerana telah member tunjuk ajar sepanjang kajian ini berlangsung.
Bukan itu sahaja, kami juga
merakamkan terima kasih kepada rakan – rakan kerana telah menyokong dan memberi
tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan projek ini. Akhir ucapan, kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu – individu lain yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung yang telah member sumbangan untuk
menyiapkan projek akhir ini.
PENDAHULUAN
Penyelidikan merupakan suatu usaha yang
dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ingin di kaji . Namun
begitu penyelidikan yang ingin difahami adalah bergantung kepada ruang lingkup
atau bidang yang diceburi oleh seseorang penyelidik itu .
Pemakanan yang baik merupakan keperluan
asas bagi memastikan badan sentiasa sihat dan cergas. Makanan membekalkan
nutrien kepada badan. Kekurangan nutrien boleh mengubah kelakuan dan boleh
menjejas pencapaian akademik. Namun begitu adakalanya makanan yang dimakan
tidak memberi keberkesanan dalam tubuh badan. Keadaan ini berlaku sekiranya
kita tidak mengutamakan kebersihan semasa menyediakan makanan.
Deria rasa adalah amat penting untuk
menentukan makanan adalah bersesuaian dengan selera dan kehendak pelanggan.
Deria juga adalah untuk mengenalpasti dan memilih makanan yang selamat daripada
makanan yang berbahaya. Pemilihan makanan yang salah boleh menyebabkan
ketidakpuasan, sakit dan mungkin kematian. Walaupun kaedah ini dianggap
primitif, ianya terbukti boleh membantu manusia untuk terus hidup (Aminah
Abdullah, 2000). Dalam kehidupan manusia peringkat remaja dan belia berada pada
puncak pertumbuhan fizikal. Mereka memerlukan bukan sahaja kadar nutrien yang
tepat malah aspek-aspek lain yang berkaitan dengan makanan juga perlu diberi
penilaian. Di sinilah medan selera memainkan peranan yang penting untuk
menawarkan perkhidmatan
Pembangunan medan selera ini tidak
seharusnya diabaikan. Pembangunannya perlu dititik beratkan aspek kebersihan,
keselamatan, keselesaan, keindahan kawasan sekitar medan selera tersebut.
Persekitaran tempat perniagaan yang bersih akan dapat menarik minat
pelanggan untuk mengunjungi perniagaan
itu. Oleh yang demikian adalah amat
penting bagi sesebuah perniagaan itu
sentiasa memastikan persekitaran
perniagaannya sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan kemas (Masaaki Imai,
1993). Jika perkara di atas diabaikan
akan wujud sebuah kawasan medan selera yang tidak
teratur serta timbul pelbagai masalah di
kawasan tersebut. Di samping itu ia akan memberi kesan terhadap kawasan
sekitarnya. Perancangan yang teliti dan efektif perlu dilakukan demi
menghasilkan perancangan yang berkualiti dan mampu menaikkan imej dan maruah
sesebuah bandar tersebut. Aspek lain ialah latihan kesedaran kebersihan bagi
pekerja. Kebersihan pekerja ialah dengan memakai topi, apron dan kuku tangan
sentiasa pendek tanpa cincin (Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian
Kesihatan Malaysia, 1989).
Secara teorinya, tahap kepuasan
pelanggan yang terdiri kepada tiga bahagian iatu perkhidmatan ,kebersihan serta kualiti
makanan . Tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan ,kebersihan serta
kualiti makanan yang disediakan oleh medan selera di landmark,kulim (giant)
dapat memenuhi keperluan dan kehendak dengan sewajarnya.
Kajian yang telah dijalankan juga turut
menyokong iaitu tahap kepuasan atau ketidakpuasan seseorang pengguna mempunyai
kaitan dengan penilaiannya tentang kualiti sesuatu perkhidmatan (Parasuranam et
al, 1988).Oleh itu dalam era globalisasi kini, segala aspek yang sentiasa
terdedah dengan penggunaan oleh individu haruslah mengikut peredaran masa dan
mengikut kehendak spesifikasi masa kini.
LATAR
BELAKANG KAJIAN
GIANT
HYPERMARKET
Giant Hypermarket merupakan anak
syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI) yang terkemuka. Ianya merupakan sebuah
rangkaian pasaraya dan peruncit yang utama di Malaysia. Syarikat tersebut telah ditubuhkan oleh
Keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam satu kawasan pinggir
Bandar di Kuala Lumpur . Terdapat barangan basah dan kering yang dijual
antaranya buah-buahan, sayur-sayuran dan beberapa jenis barangan basah. Selain
itu, Misi syarikat Giant Hypermarket adalah untuk menawarkan pelbagai produk
dengan harga yang rendah.
Giant
Hypermarket telah meluaskan empayar perniagaan di beberapa buah negara. Antara
negara-negara tersebut ialah Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan UAE
(Emiriah Arab Bersatu).
KEDAI
MAKAN
Kedai makan atau
restoran merupakan sebuah pertubuhan yang menghidangkan
makanan dan minuman yang telah siap dipesan, dan dimakan (atau minum)
di premis tersebut. Terdapat beberapa jenis kedai makan iaitu Brasserie, bistro dan pub dan kedai makan segera. Di
Perancis, Brasserie merupakan sebuah kedai
makanan yang menghidangkan lauk pauk dan makanan lain dengan cara yang santai. Bistro pula adalah nama mirip
dengan sebuah kedai kopi yang memberikan harga
makan yang sederhanadan menjadi terkenal di kalangan para pelancong.
KUALITI
Kualiti
ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entity (produk dan perkhidmatan) yang dapat
memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Kualiti terbahagi
kepada 2 iaitu Kawalan Kualiti dan Sistem Kualiti Kawalan Kualiti adalah teknik
– teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memenuhi kehendak – kehendak
dan keperluan kualiti, manakala Sistem Kualiti pula bermaksud struktur organisasi,
tanggungjawab, prosedur – prosedur, proses-proses dan sumber-sumber bagi
melaksanakan pengurusan kualiti.
PERKHIDMATAN
PELANGGAN
Dalam
ekonomi, perkhidmatan adalah kerja yang
dilakukan oleh seseorang individu atau sekumpulan individu yang memberi manfaat
kepada orang lain (tanpa menjual barang). Ini termasuk memberikan tenaga ,
kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang
memberi manfaat kepada orang lain dan pelanggan.
Di sini, perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan dan
komitmen peniaga dalam menyempurnakan penyampaian
produk dengan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya
melebihi daripada tahap yang mereka harapkan, serta ianya diadakan secara
berterusan dan konsisten.
“Untuk mengekalkan
hubungan dengan pelanggan ialah dengan memberikan keistimewaan
kepada mereka.”
KEBERSIHAN
Kebersihan
ialah keadaan dimana bebas dari kotoran , termasuk debu, sampah, dan bauKebersihan
adalah salah satu tanda hygene yang baik.
Manusia perlu menjaga kebersihan
lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak berbau, tidak menyebarkan
kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri mahupun kepada orang
lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, gosok
gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih. .
Kebersihan lingkungan pula adalah kebersihan tempat tinggal, tempat bekerja dan
tempat awam.
OBJEKTIF
Terdapat
beberapa objektif yang berkaitan dengan projek ini. Yang pertama, untukmengkaji
tahap kepuasan pelanggan terhadap kedai makan di medan selera Giant Kulim. Yang
kedua, untuk mengkaji tahap kebersihan disekitar medan selera giant kulim. Yang
ketiga, untuk mengkaji tahap kualiti makanan yang disediakan oleh medan selera
Giant Kulim. Dan yang akhir, Untuk mengkaji pelanggan yang datang di Medan
Selera tersebut.
TAJUK
ADAKAH
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH
MEDAN SELERA GIANT MENJEJASKAN TAHAP
KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP MEDAN SELERA TERSEBUT.
PENYATA MASALAH
Terdapat
beberapa penyata masalah yang terdapat dalam projek ini. Antaranya, Adakah
Kebersihan memberi kesan kepada pelanggan untuk datang semula di kedai makan
medan selera Giant Kulim. Selain itu, Adakah perkhidmatan yang diberikan oleh
kedai makan tersebut menjejaskan pelanggan untuk datang semula ke Medan Selera
Giant Kulim. Dan yang terakhir, adakah kualiti makan yang diberikan oleh medan
selera tersebut memberi kesan terhadap pelanggan untuk dating semula di Medan
Selera Giant Kulim.
SAMPEL
KAJIAN
Responden
dalam kajian ini diambil seramai 50 orang di kalangan pelanggan. Dalam kajian
ini, data responden diambil di Medan
Selera, Giant Kulim yang ditetapkan oleh pengkaji.
SKOP
KAJIAN
Dalam
kajian ini kami mengunakan maklumat yang diambil daripada semua pelanggan dari
Medan Selera, Giant Kulim yang telah mengunjungi Medan Selera tersebut dimana
mereka mengunakan perkhidmatan yang disediakan. Kami memilih 50 sampel yang
terdiri daripada pelanggan yang berkunjung ke
Medan Selera, Giant Kulim.. Borang kaji selidik ini mempunyai beberapa
soalan yang perlu di isi oleh setiap responden. Kami memilih sampel secara
rawak
No comments:
Post a Comment