Wednesday, 23 July 2014

mummy syazwani - TIP ALAF 21

ASSALAMUALAIKUM , 
saya nak berkongsi if korang berminat laaa .. ini yang i dapat dari my cousin .. i pun wat part time novel/cerpen ,,, saja jerr bosan-bosan ... alang-alang ade masa lapang so apa kata kita membuat benda berfaedah ... jom publish kat "penulisan2u" ... ini yang dah lengkap novel korang ... korang try la mana taw reski korang .. reski ade dimana-mana .. 


TIP ALAF 21....

Anda yang berminat untuk menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Alaf 21 seperti berikut:

1.Tebal manuskrip antara 350-450 saiz A4. Jaraknya 1.5 spacing.
2.Saiz font 12 dan gunakan font ITC Clearface atau Times Roman.
3.Manuskrip hendaklah dicetak di bahagian depan sahaja dan bukannya depan belakang. Kemudian dijilid. Seelok-eloknya com binding.
4.Sertakan sinopsis cerita, nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi.
5. Manuskrip ini hendaklah dihantar sendiri atau diposkan ke Alaf 21.Jangan sertakan CD, disket atau pendrive.
6. Setiap manuskrip yang sampai ke Alaf 21 akan dimaklumkan kepada penulis.
Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami.
7. Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa empat minggu.
8. Setiap karya akan dinilai dari aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan (tidak stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita.
9. Jika kualiti cerita tidak memenuhi kriteria pemilihan, manuskrip tersebut akan dikembalikan. Biasanya dengan pos berdaftar atau pos ekspres.
10. Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan
bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan).
11. Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan/pemantapan yang telah dilakukan, penulis dikehendaki menghantar CD atau emel kepada kami manuskrip tersebut untuk proses penyuntingan.
12. Elakkan cerita bertemakan kahwin paksa, kahwin yang diaturkan oleh keluarga, kahwin kerana berkhalwat dan orang ketiga kerana cerita sebegini telah banyak berada di pasaran dan dapat dijangka apakah ke¬sudahannya.
13. Cuba fikirkan jalan cerita yang menarik, ada unsur saspens/tanda tanya, ada identiti sendiri serta lonjakan emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca. Yang pasti, elakkan persamaan jalan ce¬rita dengan novel lain yang pernah anda baca.
14. Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip dan bukannya sekadar lima bab sahaja semata-mata untuk mendapatkan komen.
15. Penghantaran manuskrip hendaklah dialamatkan kepada:

KETUA EDITOR,
ALAF 21 SDN BHD,
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
SEKSYEN 16
40200 SHAH ALAM,
SELANGOR

cerpen - cinta look around a.k.a people nearby



“aku terima nikahnya ,Qaleesha Syazwani Binti Mohd Fuad dengan mas kawinnya sebanyak EMPAT RIBU DUA RATUS SEMBILAN BELAS RINGGIT SEMBILAN PULUH DUA SEN (RM4,219.92)”  dengan sekali lafaz, wani telah sah menjadi isteri kepada Mohd Fakhrul Islam .Mas kawinnya itu mengikut tarikh lahir wani (padan muka fakhrul,nak sangat jadi suami aku ..amek kau ..rasakan !!!) ketika upacara membatalkan air sembahyang , wani mengucup tangan Fakhrul dan dia mengucup dahi wani dengan penuh tertib dan kasih sayang kerana sekarang ikatan mereka telah menjadi halal . Wani tidak dapat melupakan kenangan pahit yang dilaluinya . sangat tragedis ..hampir-hampir di gelarr “PERAMPAS” a.k.a perompak rumah tangga orang ..


SETAHUN LEPAS (BERSAMAAN 12 PURNAMA),
Malam itu wani dan rahimi menghadiri jamuan persepsi di rumah alin (cik lin) . wajah alin ceria menyambut mereka berdua . “Seri bakal pengantin terpancar di muka mereka berdua mengalahkan seri pengantin aku  saja . ini tak boleh jadiii !!” bisik hati alin .

“tahniahh, cik lin . selamat pengantin baru”, ucap rahimi (tunang kepada wani)
“mekasih , tapi aku tengok korang yang terlebih over SERI nya” lawak alin .
“biasalah kami memang suka overrrr pun.. nak tambah seri ,makan lah AURAWHITE dengan AURAMEN” celah wani sambil memegang lengan tunangnya ,rahimi dan beredar ke meja makan.

Wani tersenyum . seorang lelaki datang menghampiri wani. Wajahnya seperti penah lihat tapi dimana ya?? Baru dia teringat ,lelaki itu adalah lelaki idamannya sejak zaman sekolah menengah lagi , Mohd Fakhrul Islam .Abang wan (suami cik lin) merupakan pakcik saudaranya belah nenek tiri. (ada kaitan darah ke?)  selama ini wani sukar percaya pada lelaki tetapi dia boleh cair apabila mengenali lelaki itu (takde la jiwang sangat ,tetapi sikap lembut menawan hati setiap wanita)..

“assalamualaikum,saudari” fakhrul menyapa wani . tiba-tiba rahimi datang dan menghulur salam perkenalan .
“waalaikumsalam” (terperanjat)
“masih ingat saya lagi tak ?” soal fakhrul
“Alhamdulillah , masih ingat lagiii … Mohd Fakhrul Islam ..(haha) ..betul tak ?.. kan ..kan …kan..(tangan wani menepuk bahu fakhrul)”bagaikan main sesi teka-meneka .. fakhrul hanya menganggukkan saja ..”ganas betul perempuan tu , malang siapa dapat dia .kompem ICU laa jawabnya” .bisik hati nakalnya. mereka saling bertukar-tukar nombor telefon.

Puan Marliah bagaikan nak pitam dibuatnya apabila Datin Rogayah ingin mempercepatkan perkahwinan cucunya AERIL RAHIMI dengan anak perempuan kesayangan QALEESHA SYAZWANI .. kerana Rahimi terpaksa ke QATAR selama 5 tahun atas urusan kerja . Puan Marliah kurang gemar dengan sikap bakal menantunya itu walaupun berkerjaya tetapi macam rasa tak kena . Puan Marliah tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana ini melibatkan masa depan anaknya si wani .

“apaaa !!!! makk biiii..arrr… betul !!” wani mengeluh panjang . sedang majlis perkahwinannya sepatutnya 2 tahun lagi berlangsung . kena perlu mempercepatkan .

Wani dapat panggilan daripada Fakhrul dan ingin berjumpa dengannya . Wani bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga .. Kata-kata Fakhrul membuatnya tersentak . adakah benar ?? tunang aku suami orang ? Oh my god , what happen going on .. wani bagaikan hilang pertimbangan .. dengan kata-kata fakhrul lepas tu dengan desakan nenek rahimi ingin mempercepatkan perkahwinannya itu .. macam tak kena ?? okay , aku akan siasat .. nak main api ye rahimi , kau silap besar .. waaaa…chaaaaa …. Go go power rangers ..(aik, power puff gurl laa)

Enam bulan sebelumnya (detik pertemuan lelaki poyo)
Wani memang lifenya untuk kerja tiada masa untuk bersosial seperti gadis diluar sana . Mummynya (Amanda Christina) menghadiahkannya sebuah iphone 5S dan lengkap dengan segala application media social seperti facebook,tweet , instagram,whatssup ,wechat dan banyak lagi.. supaya wani tidak ketinggalan dengan keadaan semasa .

Wani selalu online wechat dan kebetulan dia menekan button “People Nearby” .. ramai yang dia “reject” (muka tak senonoh pun ada?) .dalam DP punya lah hensem tetapi bila jumpa (tuuuudiaa,kalah mak jenon) hanya berapa kerat jer dia “accept” (ITU PUN MUKA OKAY).. ramai yang message kadang-kadang wani balas .. makin lama makin khusyuk wani layan wechat ..leka sampai kerja terjejas..ada jugak porn sex dalam wechat (subhannallah)  tangannya tidak lekang dengan handphone ada saja orang “ADD” .. time meeting pun sibok dengan handphone ..

Kawan-kawan wechat ingin mengenali wani dengan lebih dekat .. pertemuan demi pertemuan dibuat ada saja di rejectnya (semua orang hipokrit!!).. sehingga lah mamat poyo ni konon blind date laaa … budak offshore , kerja di kemaman .. sebulan sekali dia kena datang KLCC untuk hantar report dan attend course sebelum naik ke kapal. bagi mereka setiap kali course adalah lubuk kaya bagi mereka .. hidup social usah dicerita ..sebulan itu hanya seminggu saja didarat . that’s mean , 2 minggu di platform , 1 minggu di kapal lepas tuu baru cuti 1 minggu .

Jumpa 3 kali ,rahimi decide nak hantar rombongan meminang .  seluruh keluarga rahimi ,wani pernah jumpa tetapi mak bapaknya dia tidak pernah ketemu .. jumpa adik beradiknya pun secara kebetulan . setiap kali rahimi balik ke darat pasti mereka berjumpa dan sambil-sambil itu mereka melawat atuk dan neneknya Datin Rogayah dan Datuk Basri.. wani ramai kawan-kawan di PETRONAS CARI GALI , tetapi dia tidak pernah cerita pada rahimi kerana rahimi tidak suka wani berkawan dengan mana-mana orang kerja PETRONAS .

Wani tersentak dari lamunan ,terkenang peristiwa pertemuannya dengan rahimi .. wani menyiasat latar belakangnya supaya tidak tertipu kerana Noah (salah seorang pekerja CARI GALI ) kata yang rahimi itu sudah berkahwin dan mempunyai anak … arghhhhh !!!!!!! adakah benar kata-kata Fakhrul ataupun mitos semata-mata …. Ya Allah ,permudahkan lah aku dalam urusanku dunia dan akhirat ..

Noah dan Haider membantu wani dalam operasi OPS”S SPY .. Fakhrul turut memberi kerjasama kerana rahimi itu merupakan abang ipar kawannya . wani berbaik-baik dengan Fakhrul untuk mendapatkan segala maklumat ..

“Yesssss , dapatttt jugak akhirnya “ gembira tak terkira dibuatnya .. wani membuat rancangan untuk kenakan tunangnya ..  bersepakat dengan isteri rahimi ..

Wani membuat satu perjumpaan dimana isteri rahimi serta anaknya ada sekali . rahimi tidak menghidu PLAN yang dibuat oleh tunangnya sendiri kerana dia menipu isterinya yang dia bekerja . sudah 4 bulan tak balik jumpa anak bini .

“bie nak order apa-apa ke?” soal wani . mereka di lokasi favourite di mana isteri rahimi selalu lepak disitu  (STARBUCK,wangsa maju)  . rahimi menggeleng . wani beratur panjang untuk order air minuman . dalam hati rahimi takut-takut terserempak isterinya (tak senang duduk dibuatnya). wani tidak tahu yang dia mempunyai isteri .. abes lah kalau rancangannya nak kawin dua (gagal!!!).
“ayah ..ayah ….”jeritan suara budak-budak iaitu anaknya .. wani pura-pura tidak tahu .hakikatnya dia tahu .(itupun baru dapat tahu) ..
“ehhh , haiqal ..mana mama?”
“tuuuu….mama” anaknya menunjuk jari ke arah mamanya . aku pergi ke arah mereka .meminta penjelasan .. penjelasan itu sangat perit diterima tetapi aku REDHA. This is my FATE.. aku kena terima .. wani memutuskan pertunangannya itu ..

Rahimi merayu teresak-esak supaya wani tidak tinggalkan dia , wani kesian melihat anaknya yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada seorang ayah dan ibu .. bagi wani cukuplah menumpang kasih sayang itu ..walaupun duri ku telan ..

Puan Marliah menetapkan perkahwinan wani dan fakhrul . wani still buat “people nearby” .. perkahwinan mereka bahagia .. dan dikurnia kembar ..sepasang plak tuu ..

Iman shafiq haider dan nur iman soffiya haidira ..





                                                                                << TAMAT>>

Tuesday, 22 July 2014

mummy syazwani - ex aku suami orang !!!

assalamualaikum ,,

haiiiii geng .... okay arini mummy nak kongsi satu citerrr ... actually dah lama dahhh benda ni berlaku tapiii arini mummy dah sedia nak berkongsi cerita untuk tantapan umum ... supaya berhati-hati ..berwaspada .... takot-takot anda yang terkena ... (anda mangsa seterusnya) ... if nak berpakwe make sure kenal kawan-kawannya dlu dan first thing u must know family die ... kalo die banyak alasan tuuu mestii ade yang tak kena ... kita guna istilah "when a women say nothing,its mean everything is wrong"... okay sekarang kita tukar istilah tu "when a men say waiting ,its mean everything is wrong/surprises" ...(haha)

ada kebaikkan dan ade keburukan blogger ini sebenarnya but u must know ,what u thinkin in your mind and sharing wif another people ... (^_^) ...

tahun 2014 , merupakan penhijrahan baru aku ... aku berubah .. masa zaman sekolah ade seseorang ini membuat aku berubah tetapi hanya tengah jalan jerrr ... HANS ZALLAH (kacukan nogri+siam) time tu baru berjinak-jinak pakai tudung .. pastu kat sekolah ,nak pikat sorang mamat ni terpaksa aku kembali berhijab namun sekejap jugakkk dan akhirnya lepas aku praktikal kat CIDB WILAYAH baru aku berhijab tanpa pakai bukak pakai bukak ... starting 2014 , aku sedar aku banyak mainkan hati perasaan orang dan aku takut hukum karma sebab aku selalu mainkan perasaan lelaki sehingganya aku mendiamkan diri tanpa melekat satu cinta (aku cabar diriku)... bagi aku ia WASTE MY TIME .. aku sibuk membusy kan diri dengan keje2 opis .. life aku hanya utk keje tiada utk lelaki ... tetapi disebabkan boss aku hensem so aku rapat dengan die je la and my bff , (muhammad haider) ..

 this is my bff (muhammad haider), da macm my brother


sebelum aq kenal haider , aq kenal dengan sorg mamat ni ... #throwback > okay , sebelum ni aq bercinta semua org yng ada paras rupa dan harta ...if takderr salah satu ,sory lahh jangan harap aku nak rapat ... itu dulu okay .. so now , i believe QARMA always arounds... walaupun aku dah berubah tetapi aku dah dapat balasan didunia ...


BERCINTA DENGAN HUSBAND ORANG

mestiii korang terperanjat kan ... actually aku pon x taw die husband orang .. aku loyalty dgn die tapi ini balasan die kat aku ... die bukan hensem pon ... sebab bagi aku ,aku nak cari yang hodoh utk jd teman idop aku selamanya ... die keje PETROFAC kat kemaman .. die org jolobu (nogri sombilan) .. kalau aku taw memang dari dlu aku tak rapat dengan die .... selalunya sebulan sekali mesti berjumpa ...sebab die kadang2 kat platform ,kadang2 kat kapal .. if die kat kapal memang tak dapat mesej laaa...xde line ... sape kata cari lelaki OFFSHORE best ??? sebenarnya tak bestt pon sbb slalu kene tggal ..dalam sebulan tu cuti hanya seminggu jerrr kadang2 dorg kene stayback ..

bdk opis pon tak sangka aku boleh pilih die sedangkan boss aku 1000 kali hensem dari mangkok tuu ...haider tu 100 kali hensem dari si mangkok tuuu ..tetapi aku tetap pilih mangkok tuuu ... nama mangkok tu ALIY RAHIMI ...aku kenal die melalui wechat , bape kali die nak jumpe aku ... aku asyik postpone ... kali pertama perjumpaan kami ,aku terpaksa pi bangkok , kedua perjumpaan kami -kereta die rosak tengah jalan ....kali ke-tiga barulah aku jumpe and ready .... kami berjumpa kat klcc and then die kasi aku barang branded2 .... perfume and percutian ..


inilah lelaki yang tak sedar diri ,, korang be carefullll ..



ini pic last die kasi aku sebelum die blarhhh dalam idopp aku ...


patut lah masa first aku jumpa die (dalam hati aku terdetik suami org) tapiiii aku ignore kan sahaja perasaan tuuu ... aku bawak jumpa family aku .. die okay jerrr .. my mum tak kata apa-apa pon ... lagii suka adalah ... bulan 4 kami berempat bercuti kat cameron .. aku , die ,mak aku dan adek aku ... kami menginap kat rose chalet .. semua die tanggung ... aku bukan senang nak ikut org ke sana ke sini apatahlagi melibatkan orang tua aku ,,tetapiii sikapnya bersungguh-sungguh membuat aku setuju denan keptusan die ... (die menipuuu) ... die kata pada mulanya die x dapat cuti bcoz kene stayback ,kapal problem so die kene naik kapal .. aku memang x kisah sebab aku dah biasa dapat laki yang slalu kat laut nieyh ..before this aku dengan athuf bdak offshore (MISC) ... die slalu ke overseas .. 6 bulan kat laut ,3 bulan kat darat ... bila die kat darat apa lagi aku dgn die pi honeymoon ..


offshore memang banyak duit dan memang lifestyle die sosial .... menipuuu laaa kalo baikk .... aku pi cameron 2 hari 1 malam ... memang sejuk tempat die.. ni merupakan percutian last aku dengan die ...


 aku nak cari yang tak hensem supaya tak sakit atiii ..rupanya die lah racun dalam kuarga aku ...






nasib baik aku tak kawin dengan die .. aku tak sedapp hatiii lepas balik dari cameron ... tapi time tengok wayang memang aku rase len sangat ..perasaan aku macam dengan fendi .. fendi sebelum kenal aku ,die penah terlanjur dgn ex gf die... so aku rase mangkok tu pon seperti die .. terase aura len macam ..seperti aura aku dengan fendi ..aku diamkan jerr sebab aku nak tunggu hingga die kasi taw sendiri .. aku wat solat 3 hari berturut-turut ..mohon petunjuk ..alhamdulillah , akhirnya aku dpat rungkaikan segala permainan die ,,, die tak sanggup bermain permainannya sendiri dan terus berlari tanpa mengucap "game over" ... aku memang takde wassup ..time tu tergerak hatiku nak install wassup .. dan aku nampak die online sedangkan die kat kapal(die penah ckp kat aku ,kalo atas kapal mmg xleh mcg coz xde line) time tu aku wat kek .. kebetulan kek aku tak jadi ..mesti ade somting x kene .. entah tibe2 aku mcg wassup die dan marah die ... aku pon pelik knape tibe2 aku buat macam tuuu ... dan akhirnya member aku gtaw yang die suami orang and then dalam masa yang sama aku nampak pic gugurl and anak kat wechat die (patutlah die takot aku kenal bdk petronas) actually ramai bdk petronas aku kenal .. ko silap besar aliy .. segala alamat rumah kau semua aku tahu .. haiiii, kecik sungguh dunia ni .. aku takmau balas sebab rasenya belum tiba masanya aku nak insafkan kau ... nasb baik aku x kwin dgn die ..kalo x ,nampakkk gayanya aku jadi MAK TIRI kepada 2 orang anak ... tapiii nape perluuu menipu ??? aku kawan jerr dengan sume ... tapi if kau suami orang ,aku takkan lebih2 dengan kau ... aku tak pandang harta kau pon ... aku pon x taw yang kau offshore mase aq trime kau dlu ...


aku pandang muka anak bini die , nasib hatiku lembut ... sory kak (i knl u) , tapi i okay jerrrr ....



nasib aku baikk kan  ...

inilah cerita pengalaman aku ...TERSALAH CINTA .... apa-apa pon .. apa yang kita buat kat atas bumi ni mesti dapat balasan ...

p/s : aliy rahimi (if u baca) ... i doakan u bahagia tetapi macam yang i cakap .. i tak kasi u harapan tetapi u kasi harapan kat i .. i will make sure u dapat balasan di dunia and akhirat ... jadi lelaki bia gentle .. kalau nak putuskan hubungan itu , biarlah sopan dan beradab ... (coward) jangan jadi dayus .. dont ever never forever !!!! .. i doakan u sedar atas kesilapan u .. ini pengajaran utk u .. ingat !! nabi boleh ampunkan umatnya tetapiiiii i takkan ampunkan u .. for nex time anak u pulak ... apa yang u buat sekarang ,anak u akan ikut ... ingat taw ....dunia ni seperti roda .. memang sekarang u di atas ..nanti bile u dibawah baru u rase ... hidup jangan nak menipu .. dah kawin buat cara macam dah kawin .. i tak mintak simpati dari u ....

p/s:  (wife) aliy rahimi (if u baca) .... my cousin kenal u and u penah keje skali dengan die .. tetapi i bukan jenis nak porak perandakan rumah tangga orang tapi if i jumpa u .. i nak face to face ... jaga lelaki u leklok ... dont trust him 100% .. myb i orang yang last victim die but for nex time maybe ramai lagiii ke .... ingatttt ... i tak heran dengan husband u tuuu.... cume i terpikir macam mana i boleh trime die ??? apa mandrem die kasi ...

kepada my ex sume , i minta maap kalau buat salah ,,,ni balasan utk i ... i hopefuly u all dapat mapkan i ... i sedar kesalahan i .. i main kan u alls .. bagi i , i tak temu lagi orang betul2 boleh menjaga i .. i nk orang membimbing i , didik i ...respect family i .. dan tempat berlindung utk i ..

okay (^_^) ...
i pun dah hapy dengan life i dan orang kesayangan i .. so jangan kacau idup i okay ...
ni bukan amaran okay ... ini hanya sekadar pengkongsian ... sharing is caring ...



Monday, 21 July 2014

mummy syazwani - iftar 5 zuhrah(2009)

assalamualaikum , kengkawan ...

arini merupakan ramadhan yang ke- 23 so tats mean lagi 8 hai kite raye .. mudah-mudahan la kannn ...
di dalam bulan ramadhan ni, malaysia macam-macam TERSURPRISE ... dengan kematian polis di sabah , pulau mabul (al fatihah) dan pasal Flight MH 17 .. belum settle lagi MH 370 ,MH 17 menyusul .. MAS AIRLINES bagaikan "jatuh ditimpa tangga " .. kita sebagai rakyat malaysia kena sokong kerana kite kena kan 1 malaysia any happen we must together ... (WONDERPET) ...

al fatihah kepada keluarga mangsa anak kapal MH 17 dan para penumpang termasuk sepupu ex-fiancee saya .. semoga abg hakim dicucuri rahmat dan berada di tempat orang2 beriman .. TIDAK LUPA jugak !!!!  negara GAZA yang masih berperang mempertahankan tanah air dan agama islam (prouf of u olls) ...

jom dermakan ke TABUNG AMAN PALESTINE 
MAYBANK :562263010787
BANK ISLAM : 12029010047880
CIMB : 8600460353
BANK MUAMALAT : 12070005133717
RHB BANK : 21245760004907
BANK RAKYAT : 220806195922

bantulah mereka ..bantu sesama islam ...

dengan atas rasa sikap bertanggungjawab, AMAN PALESTINE telah melancarkan tabung kecemasan ..
adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak .....
___________________________________________________________________________

MAJLIS IFTAR 5 ZUHRAH

hari ahad bersamaan 20/7/2014 ramadhan yang ke-22, kami kelas 5 ZUHRAH (2009) membuat perjumpaan IFTAR BERAMAI-RAMAI .. bertempat di KL FESTIVAL CITY , AYAM PENYET AP .. saya bersyukur kerana walaupun ada masalah disitu (services yg sgt *****) stil go on. dan apabila didalam dilema ,kena membuat pilihan (samada IFTAR gn kwn or dgn MY BOY) dan saya membuat keputusan pilih IFTAR bersama kawan, bcoz my boy stil boleh jumpa slalu (haiiii,nak kawin cepat la nmpk gayanya) ...anyway thanxx to faizal , khal , kiran and xpecially hani (my madu) ... walaupun separuh kelas yang menghadiri tetapi keriuhannya bagaikan satu batch plakkk ..kelas zuhrah memang dikenali dengan kelas paling bising!!!!yang lain pulak masing-masing busy .. ade sibok belajar and kerja .. apa-apa pon FRENDSHIP FOREVER until jannah...

kami sambil-sambil menyelam still minum air ...(haha) .. sambil berIFTAR kami mendermakan suku harta kami ke tabung GAZA .. macam-macam gosip ada ...suka dan duka dilalui bersama ... kami tetap utamakan monitor kami (TAJUL FAIZAL) ni gara-gara citer KTAR la nieyhhhh !!! (puiiii) ... everything gonna be okay (^_^)


 

barisan tudung hijau : khal(khaleeda),hani , maisara, fizan,jijah,mirul dan (Aziamy)
barisan tdung kelabu : zieha,fiza(kecik),iqa, aku(wani),kiran,nabil dan sekor lagiiiii terlepassss !!!!

  memang sejak azali kotttt !!! aku memang suka berselfie !!!! 

 yang ni TEAM hok JATE !!! 
<nabil,kiran,faizal(tajul)>

 faizal nak tunjukk gigi die la konon !!! (aku,faizal dan kiran) yang len x larat berselfie...

 suke mereka bergambarrr ... i love tis moment...!!!!

 macam tengok screen besar jerr kan ....

okay semua !!! pandang kiri .. (haha)..

 gemikkkk !!!!! pose ... 1,2,3 (snaP)

 jijah tangan gelong !!!! 

 balik kampung halaman sattttt ... ok pasni otw KL

 pilih hat mana korang berkenan ... meh sni aq adjust kan ... 


selepas sibok berselfie , berchit-chat , bershopping kami terus ke tempat seterusnya iaitu karoke ...thanxx nabil belanjerr kamiii ...(muahhhhxx) ... karok kat sebelah kwsp (microphone) 2 jam jugakk la dalam tuuu ... yang len semua dah balik daaaa ...

 suara lantang faizal membuat aq menguap dalam tuuuu, meminta bantal ...

 alamakkkk !!!! kenangan lama .. ustazah hana dan jejaka 5 zuhrah ...pilih la yang berkenana ... kami nak lelong .. nak abeskan stockkkk yang masih ade !!!! yang gugurl (not sales)

 last paper SPM kami masing-masing berposing ... laluan ni banyak dejavuuu ..intai-intai dia ..

 kiri : hamdan , hafizullah,katik,faizal,nabil dan kiran

sempat lagiii ber SNAP dalam kete !!!!

sekolah menengah kebangsaan setapak indah sangat banyakkk kenangan .. biar kenangan menjadi TUGU ... aku berubah dari freehair hingga sekarang (berhijab) ... i take tis oppurtunity to achieve a goals in my life for my world.. to my future husband .... dont judge people by tis cover ... u must tink "nobody is perfect in the world" ...ingatlah dunia kite hanya dipinjamkan sementara sahaja ..

kepada kawan-kawan ku yang dah kawin ...tahniaaaa !!! aku bakal menyusul kamu semua .. doakan yerr ..maybe org pandang aku akan mengatakan satu perubahan drastik !! (elooo, mnusia suka berubah sikap) .. ingat lagi zaman sekolah adalah zaman kejam bagiku ... haha ... saya nampak lelaki idaman saya tapiiii when masok ipta lagiiiii ramaiii aq nampak ..rambang mata memilih .. tapi sekarang dah terpilihhh ..



>>>>> TAMAT <<<<<